Pengikut

Sabtu, 1 September 2012

Raya 2012

Assalammualaikum...

hai semua...dah lme gak aku xupdate dlm blog nie..almaklumla banyak hal yang perlu dibuat..hehehe..aku nak kongsi ngn korg skt pasal raya aku tahun nie..Raya tahun lain dari raya tahun lps..kerana thn nie aku beraya sebagai seorang isteri..hehehe..erm first time beraya berdua lain skt..slalu wat smue tok diri sendiri tp kali x...hehehe..dan first time beraya dengan keluarga baru (mertua). Raya tahun giliran rumah en Husband..tp pg2 je umh die..hehehe...lps tengahari je aku beraya kat umh aku..tp ble ptg plk balik kg en.husband..inila klu kwin ngn org dkt..kjap2 blik sne kjap2 blik sni..hehehe..xpuas kat umh sndri dah kne lik umh sne plk..hehehe..tp per2 pon merupakan pengalaman pertama yang xdpt aku lpekan.. xbstla klu xder gmbrkan??hehehehe kat sni aku der kongsikan bbpe keping gmbr hari raya pertama...harap xder yg berkecil ati..hehehehe..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


           

        
                           
       
                         




Isnin, 16 April 2012

RiAdAh TimE..

Assalammualaikum..

Hai kwn2..arinie aku nak kongsi lagi aktiviti yg aku join tok last2 di Muadzam..hehehe..aktiviti yang aku join adalah fulsal...hahaha..mula2 nak jadi penyokong je..tp sama2 beraksi di gelanggang..firstime bermain fulsal mula terasa teruja..hahaha..best gak..pengalaman yang xleh dilupakan..hehehe..okla dr aku trus membebel baik aku hidangkan korg ngn gambar2 di ari kejadian..hahaha..jom layan..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*














Selasa, 10 April 2012

Pelamin idaman...

Assalammualaikum...

Jom layan koleksi pelamin...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

**
*
*
*

Semua sumber dari eN google...bnyak lg yang cantik2 tok dilihat..lehla srch google..selamat mencuci mata..




Jumaat, 6 April 2012

Kenangan sem6....

Assalammualaikum...

Hari nie aku nak kongsi lg ngn korg hari yang menyeronokkan aku...hehehe..Walaupon hari yang agak memenatkan tp turut menyeronokkan...Hari yang aku ckp tu adalah sukan tahun..(agaknyela)..hehehe..mana x nye dpt bekumpul ngn smue mbr..wlaupon ada gak yang xdtg..hehehehe.. Mcm biase aku ada msti nak selitkan gmbr2 knangan kami...hehehe..krdt tok fie..sbb die sudi mengambil gmbr gle2 ktorg..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kami yang sememangnya kemaruk bergambar..

dan lagi..hehehe

dan lagi..

permainan kereta api..

nie salah satu permainan yang ktorg menang...hehehe



tekun gle nak mskn air dlm botol..hehee

selepas penat..posing lagi,,hahaha


dan lagi..hehee

acara nie pon ktorg menang..hehehe..

bergambar bersama tenanga pengajar yang seporting..hehehe

berniaga sembil membeli..hahaha..




Walaupon kami penat..tp kami berjaya mendpt tmpt pertama...hahaha..belagakla pon der gak..Nie dkira kenangan tok kami..lps nie dah xjmpe lg..sedih plk rasanya..




Isnin, 5 Mac 2012

10 petanda dia jodoh kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
 kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri”. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan
 rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya merancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, Insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Jumaat, 17 Februari 2012

mid-sem...



Salam...

dah lme gak xupdate..hehehe..maklumla sebok mmnjang..ble ada kelapangan lehla update..maklumla baru bermulanya mid-sem bersemangatla..ble cuti dah abs mls plk jdnye..hehehe..sepanjang cuti nie aku dah banyak keje kne wat..blm cuti lagi banyak agenda nak dijalankan..maklumla lps nie dah sbok nak final..doakanla aku leh selesaikan keje yang tegendala dengan mudah..hehehe..amin..

Sabtu, 14 Januari 2012

Tudung nikah

Tudung Nikah idaman.....

Assalammualaikum..

Arinie nak kongsi sedikit tentang tudung nikah idaman hati..hahaha..maklumlah hari berbahagia semakin hampir..knela wat persediaan yg ner patut..
kat bwh nie adalah sebahagian gambar yang aku teringin pkai mse majlis nikahku nanti..xtaula sesuai ke x..
klu pkai tudung cmni senang tok suami nak cium dahi..klu tudung awning pyh plk nak cium dahi...hehehe






sumber : dr google..




Khamis, 12 Januari 2012

checklist

Checklist....

Pemohonan kahwin :

1. Khusus Kahwin - DAH!
2. Borang nikah - dalam proses..
3. Booking Tok Kadi - dalam proses
4. Hiv Test - dalam proses

Tema :

1. Nikah - Krim (dah)
2. Reception - purple
3.Bertandang - kuning.

Hantaran for Me :

1. Sirih junjung
2. Kasut - DAH!
3. Beg + jam - DAH!
4, Buah-buahan
5. Kek
6. Perfume + bodycare - DAH!
7. Cincin + mas kahwin- DAH!

Hantaran for him :

1. Sirih junjung
2. Kasut
3. Wallet + belt
4. Perfume + bodycare - DAH
5. Buah-buahan
6. Puding
7. Kek
8. Coklat
9. Baju

Wedding stationeries :

1. Guestbook (DIY)
2. Road signage
3. Thank you tag

Makeup:

1. Nikah - DAH!
2. Reception - DAH!
3. Bertandang - DAH!

Bilik Pengantin:

1. Set cadar
2. Langsir tingkap/ pintu
3. Hiasan.

Foods & beverages;

1, Majlis Nikah - Masak sendiri. (keluarga n rakan rapat je)
2. Reception






Selasa, 10 Januari 2012

Pemakaian inai..




assalammualaikum..
arinie aku nak berkongsi dgn korg tentang pemakaian inai..hehehe..

Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, telah memutuskan:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walaubagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,manakala corak-corak haiwan,lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.