assalammualaikum..
arinie aku nak berkongsi dgn korg tentang pemakaian inai..hehehe..
Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, telah memutuskan:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walaubagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,manakala corak-corak haiwan,lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

